PROGRAM NAHWA AL-JAUDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2016
PROGRAM NAHWA AL-JAUDAH
JARINGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
ANTARA SBT,SMK, SKK, SMKA DAN SABK
PERINGKAT KEBANGSAAN 2016
TARIKH: 27 – 29 MEI 2016 / 20 – 22 Syaaban 1437H
HARI: JUMAAT – AHAD
TEMPAT:
Sekolah Berprestasi Tinggi
SMKA SHARIFAH RODZIAH
TELOK MAS 75460, MELAKA
TEMA:
BERGERAK SEDERAP KEARAH AKADEMIK TERBILANG
PERASMI PENUTUP :
PN. HJH. KAMARIAH BINTI ISA
TIMBALAN PENGARAH, PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM,
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KPM
PENGENALAN
SMKA Sharifah Rodziah telah diiktiraf sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi, kohot 4 sentiasa ingin mengekalkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warganya. Di samping itu dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan masyarakat luar terutamanya dalam kalangan sekolah-sekolah cemerlang. SMKA Sharifah Rodziah juga mengambil tanggungjawab untuk membantu Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan untuk sama-sama meningkatkan kecemerlangan murid bagi memastikan kemenjadian murid dan pembangunan modal insan.
Murid yang cemerlang perlu diberi motivasi dan sokongan supaya terus berjuang mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan mereka dalam keputusan SPM 2016. Oleh yang demikian program ini dijalankan untuk mempersiapkan diri murid menghadapi SPM agar lebih berkeyakinan demi melonjakkan kecemerlangan prestasi akademik mereka. Oleh itu, kolaboratif di dalam Program Jaringan Kecemerlangan Akademik ini dengan ‘berkampung’ di SMKA Sharifah Rodziah juga diharap dapat meningkatkan motivasi murid dan mereka merasa seronok belajar bersama-sama rakan baru. Disamping itu, menyuntik semangat bersaing di antara mereka dan secara tidak langsung memotivasikan murid dengan pembelajaran koperatif.
HARI PERTAMA : 27 MEI 2016
Sesi taaruf bersama Pn. Rubiah Md Nor, Kauselor Cemerlang, SMKASR
Slot Fizik
HARI KEDUA : 28 MEI 2016
Slot Bahasa Arab
Slot Matematik Tambahan
Slot Bahasa Inggeris
HARI KETIGA : 29 MEI 2016
Slot Biologi
Slot Kimia
Semoga ilmu yang diperolehi sepanjang program ini berlangsung dapat dimanfaatkan dan digunakan sebaik mungkin
seterusnya dapat meningkatkan prestasi setiap pelajar.
Leave a Reply