UCAPAN AYAHANDA PENGETUA SEMPENA PENCAPAIAN SPM 2018

UCAPAN AYAHANDA PENGETUA SEMPENA PENCAPAIAN SPM 2018

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia serta hidayahNya SMKA Sharifah Rodziah telah melakar sejarah yang amat cemerlang pada SPM 2018. Saya mewakili warga sekolah ingin berkongsi beberapa catatan istimewa mengenai keputusan SPM 2018.

GPS 2.15  tahun lepas 2.40 . Peningkatan sebanyak 0 .25.  8 orang telah mencapai kesemua A dalam 11 mata pelajaran. Melalui  GPS 2.15 ini SHARODZ telah mencipta beberapa kecemerlangan. Antaranya ialah :

> NO 2/ 75 SEKOLAH DI MELAKA

> NO 4/58 SMKA KEBANGSAAN

> NO 5/224 SMKA SABK KEBANGSAAN

> KEDUDUKAN NO 10/53  DIBANDINGKAN DENGAN  MRSM KEBANGSAAN

> KEDUDUKAN NO 42/68  DIBANDINGKAN DENGAN  SBP KEBANGSAAN

> KEDUDUKAN NO 44/2436  DIBANDINGKAN DENGAN  JUMLAH KESLURUHAN SEKOLAH DI MALAYSIA (TIDAK TERMASUK MRSM DAN SEKOLAH SWASTA)

Saya mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Pn. Hjh. Zaini  binti Jani  PK 1. Ini hadiah terbaik sebelum beliau bersara pada 24 April tahun ini, Pn. Salmah binti Harun PK Ko Kurikulum yang menjalankan tugas PK HEM, Pn. Hjh. Rosilawati binti Abd Wahab PK HEM  yang telah bersara pada 19 Feb lepas.  Kepada semua GKMP, guru-guru, staf serta pekerja sekolah. Juga terima kasih kepada YDP Dr. Yahya bin Ismail dan AJK serta ibu bapa yang sentiasa menyokong segala aktiviti sekolah. Hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa sumbagan tuan/puan dalam mengembalikan kecemerlangan SHARODZ.

Harapan saya tuan/puan sentiasa doakan agar kami warga sekolah sentiasa sihat, tekun dan sabar dalam melaksanakan amanah Allah ini. In ShaAllah sama-sama kita mendoakan agar anakanda Batch 2019 akan melakar kecemerlangan yang lebih hebat lagi.

“BERAKIT-RAKIT KE HULU

BERENANG-RENANG KE TEPIAN

BERSAKIT-SAKIT DAHULU

BERSENANG-SENANG KEMUDIAN”

“WE STRIVE FOR EXCELLENCE”

“IMAN, IHSAN, ITQAN”

 

Sekian. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by:

Universiti Teknikal Malaysia Melaka Fakulti Teknologi Makumat dan Komunikasi