PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2023

PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2023
Tarikh : 27 Mei 2024
Dewan As Sharifah

TAHNIAH PENCAPAIAN TERBAIK GPS 1.78
NO.1 NEGERI MELAKA
21 STRAIGHT A

Sekitar persediaan slip keputusan SPM 2023 oleh guru-guru As Sharifah untuk diserahkan kepada pelajar-pelajar SPM 2023.

Sekitar penyerahan slip keputusan oleh guru kelas kepada pelajar-pelajar SPM 2023.

Tahniah diucapkan kepada anak-anak pelajar semua….
Sesungguhnya ini bukanlah pengakhiran sebaliknya ia adalah satu permulaan untuk anak-anak pelajar berjuang di dunia luar. Semoga dipermudahkan urusan anak-anak pelajar semua.

Alhamdulillah tahniah kpd rakan sahabat semua. Kita telah mencapai impian dan hasrat kita dlm SPM 2023 dgn cemerlang. Setinggi2 kesyukuran kepada Allah atas kurniaan ini. Penghargaan dan terima kasih yg tak terhingga kpd semua pentadbir, GKMP dan guru yg bertungkus lumus berusaha sedaya mampu ke arah kejayaan ini, ibu bapa dan semua pihak yg terlibat dari pintu pagar keselamatan hingga ke asrama kediaman pakcik2 driver, pembantu makmal dan juga pakcik makcik pembersihan. Tak dilupakan juga staf pejabat, makcik kantin dan juga dewan mkn. Jasa dan sumbangan kalian semua sangat bermakna untuk meraikan sebuah kejayaan. Terima kasih jua utk yg telah bersara dalam perkhidmatan dan yg masih meneruskan perjuangan.
Alhamdulillah bersama kita melakar kejayaan. JazakumulLahu khairal jaza’.
#Tn. Hj Zainudin Azman Bin Ab Wahab, Pengetua SMKA Sharifah Rodziah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by:

Universiti Teknikal Malaysia Melaka Fakulti Teknologi Makumat dan Komunikasi