HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PELAJAR TINGKATAN 5 SELEPAS CUTI PKP, PKPB DAN PKPP

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PELAJAR TINGKATAN 5, SMKA SHARIFAH RODZIAH
SELEPAS CUTI PKP, PKPB DAN PKPP.
Tarikh : 24 Jun 2020
Hari : Rabu

Setelah beberapa bulan sekolah tidak dibuka akibat dari ancaman dan serangan virus covid-19. Alhamdulillah pada hari ini pihak kementerian telah membenarkan sekolah dibuka semula khusus untuk pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan tertinggi di sekolah iaitu pelajar tingkatan 5 dan 6.
SMKA Sharifah Rodziah menyambut dengan gembira  sekembalinya puteri-puteri As Sharifah khususnya pelajar tingkatan 5 ke bumi As Sharifah. Berikut disertakan beberapa gambar candid sepanjang hari pertama persekolahan.

Pelajar luar menunggu giliran di kantin untuk diambil suhunya dan dicatat oleh guru bertugas.
Pengetua, Tn. Hj Ismail bersama-sama turut serta untuk memantau pelaksanaan aktiviti tersebut.

Pihak sekolah menerima kunjungan dari Pegawai Perhubungan Sekolah

Pelajar menjalani sesi PDPC dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sesi Motivasi yang disampaikan oleh Tuan Pengetua kepada pelajar-pelajar tingkatan 5
di dalam kelas masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by:

Universiti Teknikal Malaysia Melaka Fakulti Teknologi Makumat dan Komunikasi