MINGGU MAHABBAH WAL MAWADDAH 2016
Program Mahabbah Wal Mawaddah ini dijalankan khusus untuk pelajar Tingkatan 1. Program ini dirancang memandangkan para pelajar memerlukan panduan dan bimbingan bagi memulakan langkah pertama mereka ke dunia baru iaitu sistem serta budaya sekolah menengah. Panduan serta bimbingan awal perlu diberikan agar mereka dapat menyesuaikan diri dalam budaya sekolah menengah yang sangat berbeza dengan suasana ketika di sekolah rendah. Memandangkan masalah sosial pada hari ini sebahagian besar melibatkan pelajar sekolah menengah, maka mereka yang baru melangkah ke alam baru yang penuh cabaran ini perlu diberikan bimbingan agar langkah awal mereka dan langkah-langkah seterusnya menuju ke arah yang positif.
Leave a Reply