JEMPUTAN KE MAJLIS TEMU MESRA IBU/BAPA PELAJAR TINGKATAN 4/2015
Assalamualaikum w.b.t
Kepada
Ibu Bapa / Penjaga
Tingkatan 4
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS TEMU MESRA IBU/BAPA PELAJAR TINGKATAN 4/2015.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan pihak sekolah SMKASR akan mengadakan majlis di atas berdasarkan ketetapan berikut:
Tarikh : 20 November 2015
Hari : Jumaat
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Makan Asrama, SMKASR
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput menghadiri majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan dan semoga dapat memeriahkan lagi majlis tersebut.
Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian,
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menuntut perintah
…………………………………………….
(PN. HJH Hamizah Binti Hassan)
Pengetua Cemerlang, JUSA C,
Sekoah Berprestasi Tinggi
SMKA Sharifah Rodziah
Leave a Reply